Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Maimang 6 Dengan Dwi-Kamera Di Depan Dan Belakang Dilancarkan Di China

Huawei hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Huawei Maimang 6. Peranti ini telah dilancarkan di China sahaja buat masa ini. Jikalau dilihat daripada penawaran peranti ini dan info tertiris sebelum ini, ia berkemungkinan dipasarkan di Malaysia sebagai Huawei Nova 2i.

Huawei Maiman 6 hadir menggunakan dwi-kamera di hadapan, dan dwi-kamera di belakang, selain menyertakan rekaan skrin dengan bingkai yang sedikit nipis.

Huawei Maimang 6

Huawei Maimang 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci, dan hadir dengan resolusi 2169×1080 pixel, serta menawarkan nisbah skrin 18:9 yang kian popular dikalangan ramai pengeluar.

Huawei menggunakan kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, serta kamera hadapan 13-megapixel dan 2-megapixel untuk selfie. Ia turut dijana menggunakan cip Kirin 659, serta memori 4GB RAM. Huawei menggunakan bateri berkapasiti 3340mAh padanya, serta menjalankan Android 7.0 beserta EMUI 5.1.

Huawei menjadualkan pelancaran Huawei Nova 2i di Malaysia pada minggu hadapan, dan sama-sama kita melihat sama ada ia adalah peranti yang sama atau berbeza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Maimang 6 Dengan Dwi-Kamera Di Depan Dan Belakang Dilancarkan Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info