Warga Malaysia terkenal dengan keindahan budi pekerti dan tidak lokek membantu mereka yang di dalam kesusahan. Apabila kemalangan berlaku, ramai sanggup berhenti di tepi jalan bagi mengambil gambar untuk mengumpul Like di media sosial. Ini adalah amat membantu insan yang dalam kesusahan. Waze akan memudahkan pengguna membantu pemandu yang ditimpa masalah di masa hadapan.
Kemaskini seterusnya akan membawakan fungsi Roadside Help. Apabila diaktifkan pengguna Waze dapat melihat pengguna yang memerlukan bantuan. Menu Roaside Help boleh ditemui apabila pengguna menekan butang repot berwarna oren pada bucu bawah sebelah kanan aplikasi. Ikon terletak bersebelahan butang Place seperti yang anda boleh lihat di atas.
Buat masa ini fungsi ini dilaporkan hanya diaktifkan di Amerika Syarikat. Tetapi seperti biasa ia akan diperkenalkan secara global secara berperingkat.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze Bakal Memberikan Fungsi Meminta Pertolongan Dari Pengguna Lain"