Pemproses MediaTek digunakan oleh pengeluar yang ingin mengurangkan kos penghasilan peranti. Alternatif kepada pemproses keluaran Qualcomm ini biasanya ditemui pada peranti keluaran China tetapi kini turut digunakan pada peranti Sony. Pada 29 Ogos hadapan, Mediatek akan melancarkan pemproses Helio P30 dan P23.
MediaTek Helio P30 akan dihasilkan menggunakan teknologi 12nm. Ia dilengkapi empat teras Cortex A72 pada kelajuan 1.5 GHz dan empat teras Cortex A53 juga pada kelajuan 1.5 GHZ.
MediaTekl Helio P23 pula dihasilkan menggunakan teknologi 16nm dan akan dilengkapi lapan teras. SoC ini turut menyokong sistem dwi-kamera dan resolusi skrin QHD. Maklumat lengkap mengenai kedua-dua pemproses ini hanya akan diketahui pada hari pelancaran. Apa yang pasti P30 dan P23 ialah jawapan MediaTek kepada pemproses Snapdragon 660 dan 630 keluaran Qualcomm.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MediaTek Helio P30 Dan P23 Akan Dilancarkan 29 Ogos Ini"