Selepas sistem dwi-kamera, sistem imbasan secara tiga dimensi mungkin akan menjadi fungsi yang perlu wujud pada peranti pintar di masa terdekat. Sistem imbasan wajah dua dimensi seperti yang ditemui pada Galaxy S8 didapati boleh dipintas menggunakan gambar dan kanta lekap. Imbasan wajah secara 3D akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan.
Qualcomm telah memperlihatkan kemampuan teknologi Spectra ISP generasi kedua mereka. Teknologi yang bakal digunakan pada pemproses Snapdragon generasi seterusnya mereka akan membuka pintu kepada fungsi ini digunakan pada peranti pintar Android.
Melalui Spectra ISP generasi kedua, kamera infra merah yang dipadankan dengan pemancar infra merah bagi mengesan kedalaman objek dengan pantas. Kemampuan ini boleh digunakan pada sistem imbasan wajah, aplikasi augmented reality dan mengambil gambar bokeh yang lebih tepat. Kerana sistem infra merah digunakan, ia turut boleh berfungsi di dalam keadaan gelap. Seperti grafik yang anda boleh lihat di bawah, Spectra ISP generasi kedua akan memerlukan sistem tri-kamera.
Qualcomm masih lagi sedang memperhalusi teknologi ini dan sudah mempunyai prototaip yang berfungsi. Di masa hadapan mungkin tri-kamera pula akan menjadi kebiasaan pada peranti pintar anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Teknologi Spectra ISP Qualcomm Akan Membolehkan Imbasan Tiga Dimensi Pada Kamera Peranti Android"