Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Slurp Menerima Suntikan Dana Berjumlah RM2.5 Juta – Sistem POS Berasaskan Awan Untuk Kedai Makan

Slurp merupakan salah satu sistem berasaskan awan untuk kedai makan yang telah ditawarkan sejak 2014 yang lepas. Ia kini digunakan oleh oleh lebih kurang 500 kedai makan, termasuk seperti Teh Tarik Place, Fuel Shack, Rotiboy dan sebagainya.

Melalui Slurp, restoran boleh menguruskan penjualan dengan mudah – dimana para pelanggan boleh membuat tempahan terus menggunakan peranti mereka, atau turut melalui pelayan yang menggunakan iPad. Seterusnya, pelbagai data boleh dikumpulkan dan disemak, selain pada masa yang sama memudahkan urusan jualan di restoran.

Terkini, hari ini Slurp mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana berjumlah RM2.5 juta daripada Axiata Digital. Dengan suntikan dana ini, Slurp dijangka akan terus memperluaskan penawaran mereka kepada restoran-restoran baru.

Pada masa yang sama juga, Slurp turut melantik bekas Ketua GrabCar Malaysia, Syi-Ying sebagai Pengarah Strategi dan Perkongsian untuk Slurp.

Layari : Slurp



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Slurp Menerima Suntikan Dana Berjumlah RM2.5 Juta – Sistem POS Berasaskan Awan Untuk Kedai Makan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info