Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dijangka Memperkenalkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Disebalik Skrin Pada Galaxy Note 9

Salah satu perkara yang kurang digemari para pengguna ketika pengenalan Galaxy S8 tempoh hari adalah penggunaan cap jari dibahagian belakang, dan diposisikan sangat hampir dengan kamera. Hal ini berlaku kerana kekangan lokasi untuk meletakannya – sekaligus membawa kepada pembangunan dan integrasi pengimbas cap jari disebalik skrin.

Sebelum ini, kita sedia melihat Vivo memperlihatkan sokongan teknologi berkenaan, selain Qualcomm yang turut mengumumkan sokongan berkenaan.

Kini, penganalisa terkemuka KGI menyasarkan yang mana Samsung mungkin mengintegrasikannya pada Galaxy Note 9, dan bukannya pada Galaxy S9.

Ia dikatakan Samsung menangguhkan pengenalan ciri berkenaan pada Galaxy S9 kerana ingin benar-benar membangunkan teknologi berkenaan, termasuk mengatasi masalah pengeluaran untuk panel dengan pengimbas cap jari.

Malah, untuk Galaxy S9 sendiri, Samsung masih boleh memasarkan ia bersama sejumlah teknologi baru lain, termasuk dwi-kamera yang masih tidak terdapat pada siri-S.

Apa pun, seperti biasa, ini adalah perkongsian daripada penganalisa, dan bukannya daripada Samsung sendiri. Sama-sama kita nantikan bagaimanakah perkembangan Samsung pada 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Dijangka Memperkenalkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Disebalik Skrin Pada Galaxy Note 9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info