Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Assistant Mungkin Akan Hadir Pada Pelayar Web Chrome

Pembantu maya Google Assistant disokong pada peranti Android Marshmallow dan ke atas. Ia memudahkan pengguna melakukan carian dengan kawalan suara. Ia kini dipercayai akan diperkenalkan pada pelayar web Chrome untuk Windows dan juga Mac.

Google Assistant

Laman Ausdroid melaporkan penemuan dokumen yang membincangkan penggunaan antaramuka Google Assitsant pada pelayar web Chrome. Sokongan pembantu maya ini pada pelayar web tidak mengejutkan kerana ia sudahpun disokong pada telefon pintar, tablet, jam, TV pintar dan kenderaan menerusi Android Auto.

Pembangunan untuk ChromeOS juga sedang rancak dilakukan. Pelayar Chrome digunakan lebih separuh pengguna desktop dan dengan pengenalan Google Assitant ialah satu lagi cara untuk menarik lebih banyak pengguna di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Assistant Mungkin Akan Hadir Pada Pelayar Web Chrome"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info