Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Puntung Rokok Berjaya Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya

Tabiat buruk perokok yang sering dilihat ialah membuang puntung rokok ketika memandu. Puntung rokok ini kemudian menghalang aliran air sehingga menyebabkan banjir. Setiap tahun dianggarkan 6 Trillion puntung rokok seberat 1.2 Juta tan dibuang dan ini mencemarkan lagi alam sekitar. Penyelidik di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) di Australia telah menemui cara mengitar semula puntung rokok untuk menjadi bahan binaan jalan raya.

Puntung rokok terlebih dahulu disadur dengan lilin parafin dan bitumen bagi mengelakkan bahan kimia toksik yang tersimpan mengalir ke dalam sumber air. Ia kemudian dicampurkan ke dalam campuran aspal untuk membina jalan raya. Ketua penyelidik Abbas Mohajerani berkata, puntung rokok bukan sahaja sesuai dikitar semula menjadi bahan binaan jalan raya, malahan tidak menyerap haba dengan tinggi. Ini sekaligus menyelesaikan masalah jalan raya yang berbahang di negara panas seperti Australia dan Asia.

Sebelum ini di Malaysia UTHM telah menghasilkan batu bata yang menggunakan puntung rokok sebagai bahan asas. Sementara itu di A&T State University Carolina Utara pula, minyak najis khinzir berjaya menggantikan bitumen dalam pembinaan jalan raya. Apakah inovasi menarik yang mungkin berlaku di dalam dunia pembinaan di masa akan datang?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Puntung Rokok Berjaya Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info