Minggu ini menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Note 8 yang hadir dengan dwi-kamera pada bahagian belakang, dilengkapi sokongan S-Pen memori 6GB RAM, dan kalis air.
Disamping itu, beberapa telefon pintar baru telah dilancarkan pada minggu ini, termasuk YotaPhone 3 dan juga Meizu M6 Note. Di Malaysia, beberapa telefon pintar telah mula ditawarkan, termasuk siri keluarga Zenfone 4 yang meliputi Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie, dan juga Zenfone 4 Max Pro.
Google pada minggu ini akhirnya telah mengumumkan nama akhir Android O, iaitu Android 8.0 Oreo. Sejumlah pengeluar dijangka akan mula menawarkan kemaskini untuk telefon pintar masing-masing sebelum penghujung tahun ini.
Dan akhir sekali, Intel turut telah melancarkan cip pemprosesan generasi ke-8 yang terkini, dan Acer menjadi terawal di Malaysia untuk menawarkan komputer riba yang dilengkapi dengan cip pemprosesan berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Galaxy Note 8, Android 8.0 Oreo, Intel Core Gen-8"