Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lamborghini Hadir Dengan Telefon Mewah, Alpha One Pada Harga Melangkaui RM10,000

Lamborghini yang popular sebagai jenama pengeluar kenderaan, hari ini telah memperkenalkan sebuah telefon pintar mewah mereka tersendiri, dinamakan sebagai Alpha One.

Telefon pintar ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi WQHD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB.

Lamborghini Alpha One

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi kamera belakang 20-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menyokong dwi-SIM, dilengkapi pengimbas cap jari, dan menggunakan bateri berkapasiti 3250mAh.

Dengan perkataan mewah, Lamborghini melengkapkan Alpha One in dengan kerangka berasaskan kulit dan dikatakan dilengkapi kerangka berasaskan liquid alloy yang lebih kuat daripada titanium.

Dari segi harga, Lamborghini Alpha One ini ditawarkan pada harga USD$2450 iaitu sekitar RM10,500. Bagi anda yang mempunyai duit lebih, mungkin boleh mendapatkan ia dengan membuat pra-tempahan di laman Lamborghini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lamborghini Hadir Dengan Telefon Mewah, Alpha One Pada Harga Melangkaui RM10,000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info