Intel akan memperkenalkan cip pemprosesan generasi ke-8 mereka secara rasminya pada minggu hadapan, 21 Ogos. Kini, lebih awal daripada pengumuman rasmi cip berkenaan, Intel kini telah pun berkongsi maklumat awal mengenai cip generasi ke-9 mereka.
Melalui sebuah halaman khusus, Intel memanggilnya dengan nama kod Ice Lake, dan mengatakan ia merupakan versi seterusnya selepas Intel Core generasi lapan yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan.
Intel turut mengatakan ia akan menggunakan rekaan 10nm, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi, dan penggunaan tenaga lebih efisyen.
Memandangkan cip generasi kelapan sendiri masih belum diumumkan – dan mungkin mengambil masa yang lama sebelum dipasarkan, maka mungkin kita perlu nantikan masa berbulan-bulan atau mungkin sehingga 2019 untuk melihat Ice Lake ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Berkongsi Maklumat Awal Mengenai Cip Generasi Seterusnya, Ice Lake"