Sembang Maniac

Sembang-sembang je

FrontRow – Kamera Yang Dikalung Pada Leher

Kita hidup di abad ke-21 dan sudah menjadi kebiasaan berkongsi setiap aspek kehidupan di media sosial. Jika ke Instagram anda pasti pernah melihat individu yang memuat naik Stories setiap beberapa jam. Bagi insan yang gemar berkongsi kehidupan setiap masa ini, kamera FrontRow telah dihasilkan.

 Kamera ini dikalung pada leher dan boleh diprogramkan untuk mengambil gambar setiap beberapa minit. Gambar kemudian boleh dikongsi ke media sosial dengan pantas kerana terdapat sokongan untuk YouTube, Facebook dan Instagram secara terbina. Kamera utama FrontRow sebesar 8-Megapixel manakala sebuah lagi kamera sebesar 5-Megapixel. Terdapat juga sokongan melakukan penstriman langsung pada platform pilihan.

Ia menggunakan sistem operasi Android dan boleh ditambat pada peranti Android dan iOS. Skrin sesentuh berbentuk bulat sebesar 1.9″ disertakan bagi memudahkan navigasi. Bateri yang disertakan mampu memberikan rakaman video sehingga hampir dua jam dengan storan sebesar 32 Gigabyte. Bagi yang berminat FrontRow dijual pada harga $399 (~RM 1712) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "FrontRow – Kamera Yang Dikalung Pada Leher"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info