Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bekas Timbalan Presiden Di Google Memuji Kemampuan Kamera iPhone Dan Mengkritik Android

Peranti manakah yang mempunyai kemampuan mengambil gambar yang terbaik? Ini ialah soalan maut yang sering menimbulkan perbalahan di kalangan pengguna Android dan iOS. Jika menurut DXOMark peranti Android HTC U11 ialah raja kamera peranti mudah alih. Tetapi menurut  Vic Gundotra, bekas timbalan presiden bahagian sosial di Google jawapan kepada soalan yang sama ialah iPhone.

Beliau memuji kemampuan mod potret iPhone 7 Plus milik beliau do Facebook. Apabila terdapat pengguna yang mengatakan Samsung Galaxy S8 mengambil gambar lebih baik, Vic menjawab sekiranya pengguna lebih mementingkan kemampuan kamera, mereka harus menggunakan iPhone. Sekiranya mahu ketinggalan di belakang selama beberapa tahun mereka dipersilakan menggunakan Android.

Anda sebab yang diberikan beliau ialah Android ialah perisian sumber terbuka yang harus adil kepada kesemua pengeluar. Sekiranya wujud inovasi dari Samsung misalnya, ia akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum inovasi ini digunakan pada kesemua peranti Android. Apple tidak mempunyai masalah melakukan implementasi teknologi baru pada kamera atau perisian dengan pantas. Oleh itu pada pendapat Vic Gundotra, iPhone mempunyai kemampuan kamera terbaik.

Adakah anda bersetuju dengan pendapatan bekas timbalan presiden di Google ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bekas Timbalan Presiden Di Google Memuji Kemampuan Kamera iPhone Dan Mengkritik Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info