Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG V30 Tidak Akan Dilengkapi Skrin Sekunder Seperti Model Terdahulu

LG V30 ialah interasi ketiga peranti didalami keluarga LG V. LG V10 dan V20 sebelum ini kedua-duanya mempunyai fungsi unik skrin sekunder di bahagian hadapan peranti. Skrin ini akan sentiasa menyala bagi memberikan notifikasi semasa, akses pantas kepada aplikasi dan insan terpenting. Android Authority melaporkan skrin sekunder tidak akan disertakan pada LG V30 tahun ini.

Mereka menerima maklumat dari sumber dalaman bahawa sistem skrin sekunder akan digantikan dengan “talam terapung”. Tidak diketahui bagaimanakah sistem talam terapung ini berfungsi. Maklumat lain yang diketahui ialah peranti akan dilengkapi skrin 6″ OLED QHD+ FullVision. LG V30 akan dilancarkan pada 31 Ogos ini di acara IFA yang akan berlangsung di Berlin Jerman. Adakah ketiadaan skrin unik langkah yang bijak dari LG?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG V30 Tidak Akan Dilengkapi Skrin Sekunder Seperti Model Terdahulu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info