Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Server Penstriman Haram Perlawanan EPL Akan Dipotong Akses Internet Secara Serta Merta

Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah liga bola sepak paling lumayan di dunia. Ia mempunyai jumlah penonton tertinggi dan menjana keuntungan mencecah puluhan Billion setiap musim. Pihak media membelanjakan berbillion bagi mendapatkan hak penyiaran eksklusif. Tetapi seperti industri filem, muzik dan permainan video, EPL juga mempunyai masalah cetak rompak.

Penstriman video perlawanan secara haram bukanlah perkara baru. Terdapat puluhan laman yang memberikan pengguna menonton secara haram dan percuma. Mahkamah UK dua hari yang lalu meluluskan perintah injunksi kepada EPL yang membolehkan mereka mengarahkan ISP untuk memotong akses Internet kepada server yang menawarkan penstriman secara haram.

Perintah ini membolehkan EPL mengarahkan ISP di UK untuk memotong akses Internet kepada server tanpa terlebih dahulu menerima arahan dari mahkamah. Dengan ini penstriman secara haram dapat dihalang dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Lebih daripada 5000 alamat IP telah disenarai hitamkan oleh ISP setakat ini.

Pemotongan akses Internet ini hanya boleh digunakan ke atas server dan bukannya individu. Ini bermakna mereka yang menstrim secara haram tidak boleh dipotong akses Internet sebelum menerima arahan mahkamah.

Di UK BT Sports dan SKY membayar £5.136 Billion (~RM 28.9 Billion) kepada EPL untuk hak penyiaran selama tiga musim. Mereka mengalami kerugian kerana ramai pengguna menstrim secara haram menggunakan komputer dan Kodi. Harga langganan bulanan yang terlalu mahal adalah sebab mengapa penstriman secara haram meningkat di UK.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Server Penstriman Haram Perlawanan EPL Akan Dipotong Akses Internet Secara Serta Merta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info