Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kajian Terbaru Mendapati T-Rex Tidak Mampu Berlari Sepantas Yang Disangka

Dinosaur yang paling dikenali ramai pastinya adalah Tyrannosaurus Rex. Dalam Bahasa Malaysia, ia bermakna raja cicak yang kejam. Nama ini diberikan kerana fosil T-Rex yang menakutkan lengkap dengan gigi yang bergerigi seperti gergaji. Di dalam filem Jurassic Park, T-Rex sering dipaparkan kejam dan mampu mengejar kenderaan moden. Babak filem ini mungkin tersasar dari realiti sebenar.

Kajian yang dilakukan oleh Profesor William Sellers dari University of Manchester’s School of Earth and Environmental Sciences mendapati kelajuan larian T-Rex hanya sekitar 27 km/j. Ini adalah lebih perlahan dari Usian Bolt yang mampu berlari pada kelajuan 28 km/j.

Profesor Sellers melakukan simulasi biomekanik pada rangka T-Rex bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering didebatkan komuniti paleontologi. Sebelum ini ada pendapat gergasi zaman lewat Cretaceous (bukan dari Jurasik) ini boleh berlari pada kelajuan maksimum 72 km/j.

Pada pendapat Profesor Sellers, hanya T-Rex muda boleh berlari pantas tetapi apabila saiz tubuh membesar, tulang tidak mampu menampung berat dan akan patah apabila berlari lebih pantas. Ini menjawab persoalan mengapa tiada peninggalan tapak kaki T-Rex sedang berlari ditemui oleh paleontologis setakat ini.

Terdapat banyak babak di dalam Jurassic Park yang kini terbukti salah dari pandangan sains. Sebelum ini saintis mendapati T-Rex tidak mengaum seperti singa tetapi berkicau seperti burung dan Velociraptor berbulu seperti burung dan bukan bertubuh licin.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kajian Terbaru Mendapati T-Rex Tidak Mampu Berlari Sepantas Yang Disangka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info