Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Sistem Panggilan Kecemasan Menggunakan TouchID Dan Dok Pintar

Saban hari apabila membaca akhbar kami akan ternampak berita penculikan dan cabul. Di dalam situasi ini mangsa tidak sempat melakukan panggilan kecemasan kerana di dalam situasi yang agak genting. Apple telah mempatenkan sebuah sistem kecemasan baru yang membolehkan panggilan kecemasan 911 dilakukan dengan hanya menggunakan sistem TouchID.

Melalui paten yang difailkan, panggilan 911 (atau 999) akan dilakukan secara automatik apabila TouchID mengesan cap jari pengguna dan sentuhan pada skrin. Pengguna boleh menetapkan sendiri kombinasi imbasan cap jari dan skrin ini sebelum panggilan kecemasan dilakukan. Dengan sistem ini pemilik peranti boleh melakukan panggilan tanpa disedari oleh penculik misalnya. Ini mungkin inisiatif Apple untuk memenuhi arahan kerajaan India untuk pengeluar meletakkan butang kecemasan pada semua peranti pintar yang dijual di negara tersebut.

Turut dipatenkan ialah dok pintar untuk iPhone yang mempunyai integrasi Siri. Apabila diletakkan pada dok, pengguna boleh menggunakan dok ini seperti Apple Home Pod. Dok pintar ini mempunyai skrin, pembesar suara dan mikrofon terbina bagi membolehkan kawalan suara dilakukan. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna produk sebenar akan dihasilkan dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Sistem Panggilan Kecemasan Menggunakan TouchID Dan Dok Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info