Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Duo Telah Dimuat-Turun Lebih 100 Juta Kali – Adakah Anda Menggunakannya?

Google Duo telah diperkenalkan tidak lama sebelum ini, yang mana membolehkan para pengguna untuk membuat panggilan seorang-ke-seorang melaluinya. Kualiti panggilan yang ditawarkan adalah sangat baik, malah boleh dikatakan lebih baik daripada sejumlah aplikasi panggilan video lain di pasaran.

Google Duo

Kini, selepas 11 bulan dilancarkan, Google Duo kini telah dimuat-turun lebih 100 juta kali – salah satu pencapaian yang baik untuk Google. Malah, beberapa peranti baru turut menyertakan Google Duo ini secara terbina pada peranti Android.

Namun, Google tidak berkongsi akan mengenai angka pengguna aktif bulanan untuk aplikasi berkenaan buat masa ini.

Google Duo menggunakan nombor telefon untuk pendaftaran, selain turut hadir dengan ciri-ciri pra-lihat sesuatu video sebelum menjawabnya, dinamakan Knock Knock.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah mencuba Google Duo? Atau tidak?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Duo Telah Dimuat-Turun Lebih 100 Juta Kali – Adakah Anda Menggunakannya?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info