Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honolulu Mahu Mendenda Pejalan Kaki Yang Melintas Jalan Sambil Menggunakan Peranti

Kemalangan maut melibatkan pejalan kaki yang dilanggar ketika melintas jalan semakin meningkat kerana mereka khayal ketika menggunakan peranti. Di Honolulu, Hawaii tindakan drastik dilakukan dengan cadangan untuk mendenda pengguna yang didapati menggunakan peranti ketika melintas jalan. Pelepasan hanya diberikan untuk melakukan panggilan kecemasan 911.

Denda di antara $15-99 (~RM 64-429) akan dikenakan bergantung kepada jumlah kesalahan yang telah dilakukan pengguna.  Pihak Majlis Bandaraya meluluskan usul untuk mengenakan denda ini  dengan undian 7-2. Keputusan kini terletak di tangan Datuk Bandar untuk memulakan penguatkuasaan undang-undang baru ini.

Langkah yang dilakukan Honolulu berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PBT di Jerman dan Belanda. Di dua negara Eropah ini, mereka memasang lampu isyarat pejalan kaki di atas permukaan jalan bagi menyelesaikan masalah yang sama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honolulu Mahu Mendenda Pejalan Kaki Yang Melintas Jalan Sambil Menggunakan Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info