Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pra-Tempahan Untuk Microsoft Surface Pro 2017 Dibuka – Harga Bermula RM 3699

Microsoft Surface Pro baru dilancarkan pada Mei yang lalu. Bagi pengguna di Malaysia yang berminat, pra-tempahan untuk model terkini komputer tablet ini baru sahaja dibuka menerusi laman rasmi Microsoft Malaysia di Lazada.

Harga jualan bermula dari RM 3699 untuk model dengan Intel Core M3 dan meningkat ke RM 10,668 untuk model dengan Intel Core i7. Terdapat model yang ditawarkan dengan Surface Pro Signature Type Cover. Pra-tempahan dibuka hari ini dan peranti akan mula dihantar pada 17 Ogos hadapan.

Selain Surface Pro dan Type Cover, pra-tempahan untuk Surface Arc Mouse dan Surface Pen masing-masing dijual pada harga R< 399 dan RM 299 serba satu.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pra-Tempahan Untuk Microsoft Surface Pro 2017 Dibuka – Harga Bermula RM 3699"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info