Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Set Tidak Rasmi OnePlus 5 Mula Ditawarkan Penjual Tempatan

Lanjutan daripada pengumuman OnePlus 5 semalam, hari ini beberapa penjual peranti tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk set tidak rasmi OnePlus 5, termasuk oleh DirectD dan juga SatuGadget.

OnePlus 5 merupakan telefon paling berkuasa daripada OnePlus untuk 2017 ini, dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi dengan dwi-kamera belakang dengan sokongan kebolehan zoom dan rakaman gambar potrait.

OnePlus 5

Di Malaysia, DirectD dilihat mengambil pra-tempahan untuk empat model berbeza, iaitu:

  • Versi China, 6GB RAM – RM2388
  • Versi antarabangsa, 6GB RAM – RM2588
  • Versi China, 8GB RAM – RM2788
  • Versi antarabangsa, 8GB RAM – RM2988

SatuGadget turut sama menawarkan peranti OnePlus 5, tetapi satu versi sahaja, dimana ia berharga:

  • 6GB RAM – RM2599
  • 8GB RAM – RM2999
  • Seperti biasa, ini adalah harga tidak rasmi untuk set import oleh penjual tempatan. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah OnePlus 5 akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya. Mungkin bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan peranti OnePlus 5, anda boleh pra-tempah dan mendapatkan set tidak rasmi ini terlebih dahulu.



    Banyak lagi menarik FB kami

    http://ift.tt/14Mtwjx
    via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Set Tidak Rasmi OnePlus 5 Mula Ditawarkan Penjual Tempatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info