Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelajar Indonesia Mencipta Alat Mencubit Punggung Pemandu Sekiranya Mereka Tertidur

Migrasi pulang ke kampung sudah bermula hari ini dengan laporan kesesakan jalan raya mula kedengaran di lebuh raya utama. Ada yang cuba mengelak terperangkap di dalam kesesakan dengan memandu pada waktu awal pagi. Ini mendatangkan risiko tertidur kerana kepenatan. Oleh itu alat mengelakkan tertidur dihasilkan oleh Asri Anjani dan Prayogo Bintang, dua pelajar dari Universitas Brawijaya di Indonesia.

Alat yang dihasilkan menarik kerana ia mencubit punggung pemandu apabila ia mengesan mereka tertidur. Pemandu memakai alat pengesan nadi pada pergelangan tangan. Apabila hampir terlelap, nadi pemandu akan menurun. Sistem akan mengesan nadi yang menurun ini dan terus menyebabkan tempat duduk bergetar dan memicit punggung pemandu.

Penyelesaian yang di luar kotak untuk masalah yang mengorbankan ramai penumpang. Sekiranya anda pulang pada waktu malam di musim perayaan ini pastikan anda mendapat rehat sepenuhnya pada waktu siang hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelajar Indonesia Mencipta Alat Mencubit Punggung Pemandu Sekiranya Mereka Tertidur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info