Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Motorola Moto Z2 Play Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Julai Ini

Motorola Moto Z2 Play dilancarkan oleh Motorola pada awal bulan ini. Bagi pengguna yang berminat memilikinya di Malaysia, ia akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai ini. Seperti model tahun lalu, Z2 Play akan menyokong kesemua aksesori modular Moto Mods sebelum ini.

Moto Z2 Play dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 626 dengan memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dual pixel. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.2 dengan sokongan flash berkembar untuk selfie lebih terang. Bateri 3000 mAh disertakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti dengan Android 7.1.1 ini.

Tiada maklumat mengenai harga dan adalah kesemua Moto Mod terkini turut akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia buat masa ini.

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Motorola Moto Z2 Play Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Julai Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info