Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Assistant Kita Mempunyai Enam Suara Baru Dan Kelak Mampu Melakukan Panggilan Telefon Seperti Manusia Sebenar

Google Assistant hari ini dikemaskini dengan pilihan enam suara baru dengan salah satunya adalah suara penyanyi John Legend. Dengan enam suara baru ini, pengguna mempunyai lapan pilihan suara kesemuanya. Walaupun telah diumumkan lebih 12 jam yang lalu, kami masih belum menerima pilihan suara tambahan pada peranti-peranti kami.

Tetapi pengumuman paling menarik mengenai Assistant ialah apabila Google memperlihatkan fungsi ia melakukan panggilan telefon seperti seorang manusia sebenar. Assistant berinteraksi dengan manusia sebenar untuk melakukan temu janji atau tempahan bagi pihak pengguna.

Sebagai contoh pengguna memberikan arahan untuk melakukan tempahan restoran untuk makan tengah hari. Pembantu maya boleh mengesan kedai masih belum dibuka dan memberitahu pengguna ia akan menelefon kedai apabila ia dibuka pada jam 11 pagi. Ia kemudian akan melakukan panggilan telefon ke restoran dan melakukan tempahan tanpa sebarang input dari pengguna. Dengan ini pembantu maya Google Assistant menawarkan perkhidmatan seperti seorang pembantu peribadi manusia.

Fungsi ini menggunakan teknologi Google Duplex yang mampu memahami konteks perbualan, perbualan panjang dan menjawab seperti manusia menggunakan sistem natural language. Ia masih belum bersedia untuk kegunaan di dunia sebenar tetapi dari video di atas anda boleh mendengar Assistant bercakap seperti seorang manusia dengan lenggok perbualan yang realistik.

Mengapa sistem ini dibangunkan? Kerana masih terdapat perniagaan yang tidak menawarkan tempahan secara atas talian. Dengan teknologi Google Assistant dan Duplex, teknologi boleh melakukan tempahan bagi pihak anda.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Assistant Kita Mempunyai Enam Suara Baru Dan Kelak Mampu Melakukan Panggilan Telefon Seperti Manusia Sebenar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info