Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Menghentikan Operasi Secara Mengejut Akibat Halangan Penjualan Oleh Amerika Syarikat

Beberapa minggu yang lalu kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan penjualan perkakasan dan perisian negara mereka dari dijual kepada ZTE. Pengharaman ini membuatkan ZTE tidak lagi boleh membeli cip keluaran Qualcomm serta Intel dan sistem operasi Android. Ini sama seperti seorang individu  dibuang jantung dan otak .

Oleh kerana pengharaman ini, ZTE telah menghentikan operasi perniagaan utama mereka secara mengejut. Ini melibatkan operasi penghasilan telefon pintar dan juga peralatan telekomunikasi.  Peranti tidak lagi boleh dibeli di laman rasmi dan juga Tabao.

Perintah pengharaman yang diberikan telah melumpuhkan operasi syarikat telekomunikasi yang bergantung kepada komponen dari Amerika Syarikat. Minggu lalu mereka hanya dibenarkan mengimport komponen keluaran MediaTek selepas diberikan kebenaran oleh Taiwan.

Dengan penghentian operasi ini, sebuah jenama yang agak terkenal berkubur. Telefon pintar keluaran Axon mereka mempunyai rekaan yang menarik serta kualiti audio yang baik seperti Axon 7. Axon M pula peranti inovatif dengan skrin boleh dilipat.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Menghentikan Operasi Secara Mengejut Akibat Halangan Penjualan Oleh Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info