Kerap kali kami terlihat penunggang motosikal menggunakan peranti pintar di ibu kota. Tidak seperti pemandu kereta, sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan, risiko maut dan kecederaan serius adalah lebih tinggi. Oleh itu sistem navigasi merangkap kit bebas tangan GObyLIVI dihasilkan untuk pengguna kenderaan dua roda.
Ia terdiri daripada paparan LED yang disambung pada pemegang kenderaan dan fon kepada yang bole dipakai di dalam tali keledar keselamatan. Apabila ditambat pada peranti pintar, skrin LED dengan sokongan sesentuh boleh memaparkan arahan navigasi dan turut boleh mengawal aplikasi muzik serta menjawab panggilan fon. Fon kepala dengan mic pula membolehkan panggilan telefon dijawab dan peranti dikawal sepenuhnya dengan sistem kawalan suara seperti Google Assistant.
GObyLIVI sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula SEK 590 (~RM 291).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GObyLIVI – Sistem Navigasi Untuk Penunggang Motosikal Dan Basikal"