Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Waze Dan Shell Bekerjasama Untuk Beri Amaran Kepada Pemandu Di Lokasi Berkemalangan Tinggi

Waze merupakan aplikasi navigasi yang digunakan secara meluas oleh pengguna tempatan dalam mengetahui keadaan lalu-lintas semasa, menyemak trafik, dan sebagainya. Kini, dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan jalanraya ketika musim Ramadhan dan Aidilfitri yang menjelang tiba, kini mengumumkan kerjasama untuk memaparkan notifikasi dan amaran kepada pemandu ketika melalui lokasi berkemalangan tinggi.

Aplikasi Waze akan memaparkan amaran khas sehinggag 15 Julai 2017 kelak, sekaligus berharap agar para pemandu kenderaan akan lebih berhati-hati ketika melalui kawasan yang kerap berlaku kemalangan ini.

Shell Waze

Waze sendiri mengumpulkan data berkenaan kawasan berkemalangan tinggi ini melalui data-data yang dikongsikan pengguna Waze sejak beberapa bulan kebelakangan. Amaran notifikasi ini dipaparkan dalam bentuk sebuah pop-up dengan pengiklanan Shell. Ia akan dipaparkan ketika kenderaan anda berhenti, dan dipaparkan pada jarak sekitar 5km daripada kawasan yang berkemalangan tinggi ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze Dan Shell Bekerjasama Untuk Beri Amaran Kepada Pemandu Di Lokasi Berkemalangan Tinggi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info