Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Semua Sekolah Kerajaan Dijangka Dilengkapi Internet Berkelajuan Tinggi Menjelang 2018

Era pendidikan turut menerima kesan positif melalui integrasi penggunaan internet yang membolehkan para pelajar mengakses pelbagai kandungan menarik dari seluruh dunia, disamping menambah pengetahuan dengan mudah.

Sejumlah besar sekolah hari ini telah tersedia dengan akses internet, tetapi ada yang masih menawarkan internet berkelajuan rendah.

Bercakap mengenainya, Menteri Pendidikan mengatakan sebanyak 6000 buah sekolah, terutama di kawasan bandar kini telah siap dinaik-taraf dengan internet berkelajuan tinggi. Bergerak kehadapan, sebanyak 4000 buah sekolah lagi yang melibatkan kawasan luar bandar dan pedalaman dijangka akan dinaik-taraf menjelang 2018 kelak.

Buat masa ini, kelajuan internet di sekolah berbeza-beza, dimana ada yang menikmati akses sepantas 2Mbps, dan ada juga yang menikmati kelajuan sehingga 10Mbps.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semua Sekolah Kerajaan Dijangka Dilengkapi Internet Berkelajuan Tinggi Menjelang 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info