Samsung telah menghasilkan peranti Android boleh lipat berkuasa tinggi sejak tahun 2016. Samsung W2016 yang dilancarkan adalah sebuah Galaxy S6 yang diubahsuai dengan dua skrin AMOLED dan ia hanya dipasarkan di China. Model terkini peranti ini sudah tertiris dan menggunakan nama W2018 tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding Galaxy 8.
Ia dilengkapi dua skrin 4.2″ AMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Bateri sebesar 2600 mAh digunakan bagi menguasai peranti yang masih menggunakan Android Marshmallow ini. Seperti W2016 dan W2017, peranti ini dijangka hanya akan dilancarkan di China sahaja.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Dan Spesifikasi Samsung W2018 Tertiris – Peranti Boleh Lipat Berkuasa Tinggi"