Peranti boleh-pakai premium kesemuanya mempunyai pengesan nadi terbina. Ini bagi membolehkan pemakai melihat kadar degupan jantung mereka ketika bersenam. Kadar nadi yang terlalu tinggi ketika bersenam adalah berbahaya. Kajian yang dilakukan oleh Stanford University mendapati pengesan nadi pada Apple Watch adalah yang paling tepat di kalang peranti boleh-pakai.
Kajian mendapati ralat membaca nadi oleh Apple Watch adalah sekitar 2.5% berbanding bacaan nadi sebenar. Samsung Gear S2 adalah yang paling kurang tepat dengan ralat bacaan 6.8%. Jam tangan pintar Apple ini diuji bersama Basis Peak, Fitbit Surge, Microsoft Band, Mio Alpha 2, PulseOn, and Samsung Gear S2.
Tetapi pada waktu yang sama, pengiraan kalori Apple Watch adalah tidak tepat dengan ralat bacaan 40%. Jam tangan pintar Fitbit Surge merajai kategori ini dengan ralat 27%. Peranti boleh-pakai dengan bacaan kalori paling kurang tepat pula ialah PulseOn dengan ralat mencecah 92.6%.
Dari kajian yang dilakukan, jelas sekali peranti boleh-pakai masih belum cukup tepat untuk menjadi pengesan kesihatan pemakai. Kesemua peranti yang diuji juga sudah satu generasi ke belakang. Tidak diketahui apakah ketepatan bacaan pada Apple Watch 2 ataupun Samsung Gear S3.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengesan Nadi Apple Watch Mempunyai Ketetapan Tertinggi Di Kalangan Peranti Boleh-Pakai"