Penantian untuk kembalinya jenama Nokia di Malaysia bakal berakhir. Selepas mengumumkan tiga telefon Android berjenama Nokia ketika acara MWC 2017 yang berlangsung di Barcelona pada penghujung Februari lalu, akhirnya, ketiga-tiga peranti Android ini memasuki pasaran Malaysia.
Nokia 6 dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh.
Nokia 5 pula dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh.
Akhir sekali Nokia 3 pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD HD, pemproses MediaTek MT6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2650 mAh.
Ketiga-tiga telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android Nougat, dan pihak HMD Global menjanjikan kemaskini semasa bulanan untuk peranti Android ini.
Di Malaysia, Nokia 3 akan dijual pada harga RM599 bermula pertengahan Jun. Manakala Nokia 5 pada harga RM799 dan Nokia 6 pada harga RM999 pada penghujung bulan Jun.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 6, Nokia 5, Dan Nokia 3 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM599"