Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Memperkenalkan Komputer Riba Dengan Rekaan Yang Diinspirasi Dari Kereta Lumba

MSI sedia mempunyai penawaran komputer riba memfokuskan permainan GE63VR dan juga GE73VR. Kini, pada Computex 2017, pengeluar dari Taiwan ini turut mengemaskini penawaran kedua-dua komputer riba ini dengan rekaan yang diinspirasi dari rekaan kereta lumba, melalui siri Raider.

MSI GE63VR Raider dan GE73VR Raider hadir dengan rekaan yang lebih nipis berbanding dengan sebelum ini, dan pada masa yang sama membawa kepada kemaskini ciri-ciri melaluinya.

MSI GE63VR73VR Raider

Hadir dalam pilihan skrin bersaiz 15-inci dan juga 17-inci, kedua-duanya menyokong kad grafik GTX 1070 dan cip Intel Core i7-7700HQ, serta menyertakan panel mesra-HDR pada kadar segar semula 120Hz. MSI turut mengatakan ia menawarkan masa respon sepantas 3ms – yang mana menawarkan pengalaman sangat baik kepada para peminat permainan video tegar.

Melengkapkan komputer riba baru ini juga adalah sokongan sistem penyejukan Cooler Boost 5 yang menggunakan dua kipas untuk penyejukkan lebih pantas dan efisyen.

MSI Ge63/73VR Raider ini juga turut hadir dengan integrasi sokongan papan kekunci dengan lampu RGB yang boleh disesuaikan untuk setiap kekunci, selain speaker Dynaudio Giant Speakers.

MSI GE63VR73VR Raider

Selain daripada MSI GE63VR/73VR, MSI juga turut menggunakan panel yang sama pada satu lagi siri komputer riba mereka, iaitu GS63/73VR. Komputer riba ternipis ini turut menawarkan panel HDR dengan kadar segar semula 120Hz bersama-sama dengannya – sekaligus menawarkan pengalaman yang sangat baik kepada para peminat tegar permainan video.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Memperkenalkan Komputer Riba Dengan Rekaan Yang Diinspirasi Dari Kereta Lumba"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info