Minggu ini menyaksikan pihak Microsoft memperkenalkan Surface Pro terbaru yang dikemaskini dengan spesifikasi terkini, dan mengekalkan rekaan seumpama sebelum ini. Selain Surface Pro, pihak Huawei turut memperkenalkan penawaran komputer riba mereka dibawah nama MateBook. Sebanyak tiga peranti telah diperkenalkan dibawah MateBook ini dengan penawaran spesifikasi dan rekaan berbeza.
Acer pula membuat kejutan dengan mengumumkan beberapa produk baru mereka minggu ini, termasuk pengenalan sebuah tablet bersaiz 10-inci dengan panel skrin Quantum Dot.
Dalam arena telefon pintar pula, Xiaomi telah memperkenalkan Mi Max 2 dengan skrin bersaiz besar, dan juga bateri berkapasiti besar. Honor juga tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan peranti mampu-milik mereka, iaitu Honor 6A.
Di Malaysia, Sony telah memperkenalkan Sony Xperia XZ Premium yang hadir dengan skrin 4K HDR pada harga RM3399. Selain itu, bagi anda yang turut inginkan peranti berskrin besar, anda boleh dapatkan Xperia XA1 Ultra pada harga RM1899. BlackBerry turut tidak ketinggalan, dan telah menawarkan BlackBerry KeyONE untuk pasaran tempatan pada harga RM2688.
Dalam arena aplikasi, Instagram kini membolehkan ana mengarkib gambar-gambar pada profil, sekaligus menyembunyikan gambar yang tidak diingini untuk paparan anda sahaja.
U Mobile pula pada minggu ini telah mengumumkan penawaran rangkaian 4.5G, sementara Celcom pula menawarkan pakej khusus untuk video dan muzik bagi para pelanggan Xpax.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Xperia XZ Premium, Xiaomi Mi Max 2, U Mobile 4.5G"