Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan iPhone Terus Menunjukkan Penurunan Pada Suku Pertama 2017

Tahun lalu buat pertama kalinya dalam sejarah jualan iPhone menunjukkan penurunan. Saingan dari peranti Android yang lebih mampu milik memberikan impak di pasaran besar seperti di China. Nasib iPhone nampaknya masih belum menunjukkan perubahan pada suku pertama 2017. Hanya 50.8 Juta iPhone berjaya dijual dan ini adalah penurunan dari 51.2 Juta yang dijual pada suku yang sama tahun lalu.

Apple iPhoneSungguhpun jualan menurun sedikit, keuntungan meningkat ke $52.9 Billion berbanding $50.56 Billion pada suku yang sama tahun lalu. Di China jualan Apple merudum sebanyak 14%. Pihak Apple tidak pula berkongsi jualan di pasaran lain tetapi dari angka yang dikeluarkan IDC baru-baru ini jualan iPhone meningkat di Amerika Syarikat dan Eropah.  Antara faktor mengapa jualan menurun ialah pengguna menantikan kemunculan model baru iPhone 8 yang dilengkapi skrin OLED, sokongan pengecasan pantas dan rekaan hampir semua skrin.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan iPhone Terus Menunjukkan Penurunan Pada Suku Pertama 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info