Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ASUS ROG STRIX H270I – Papan Induk Untuk Binaan PC Kecil Dan Berkuasa

Kebelakangan ini, binaan PC hadir dalam pelbagai saiz dan bentuk, dan pembina-pembina PC mempunyai pelbagai pilihan untuk membina PC yang berkuasa. Saiz tidak lagi menjadi penghalang untuk membina komputer yang berkuasa, kerana papan induk bersaiz mATX dan miniITX mempunyai kemampuan papan induk yang lebih besar.

ASUS baru sahaja mengumumkan papan induk miniITX terbaru mereka, iaitu ASUS ROG STRIX H270I. Papan induk yang tersangat kecil ini hadir dengan ciri-ciri yang sangat canggih, dari segi rupa dan juga prestasi.

Dari segi spesifikasi dalaman, papan induk ini mempunyai dua slot memori DDR4 yang mampu menyokong memori sebanyak 32GB dalam konfigurasi dual-channel. Dari segi storan pula, STRIX H270I mempunyai dua slot PCIe SSD M.2 dengan kelajuan 32Gbps dan empat port SATA III 6.0Gbps dan satu port PCIe 3.0 untuk kegunaan sebuah kad grafik.

Selain itu, papan induk ini juga hadir dengan dua port LAN Gigabit Ethernet, dan bagi mereka yang lebih gemar menggunakan sokongan WiFi, STRIX H270I ini juga hadir dengan perkakasan WiFi dengan sokongan 802.11ac dan Bluetooth 4.1. Jika anda sukakan lampu berwarna-warni menerangi bahagian dalam PC anda, ia juga hadir dengan sokongan LED RGB yang boleh diubahsuai menerusi penggunaan perisian ASUS.

Harga jualan papan induk ASUS ROG STRIX H270I ini masih belum diberi sebarang tanda harga, dan apabila kami menanyakan tentang ketersediaan papan induk ini di Malaysia, kami diberitahu bahawa ia akan hadir di pasaran tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS ROG STRIX H270I – Papan Induk Untuk Binaan PC Kecil Dan Berkuasa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info