Acara COMPUTEX di Taipei memperlihatkan banyak peranti dan perkakasan komputer yang baru, terutama sekali papan induk, kad grafik dan juga memori RAM yang menjadi kegilaan pembina komputer.
BIOSTAR merupakan satu jenama yang dikenali untuk papan induknya yang berkos rendah, tetapi kali ini nampaknya mereka bersedia untuk bertarung sengit dengan jenama-jenama pembuat komponen yang lebih terkenal dengan papan induk platform HEDT Intel mereka tersendiri yang diberi nama BIOSTAR Racing X299GT9.
Papan induk bersaiz E-ATX ini hadir dengan rekaan berwarna hitam dan kuning, dan hadir dengan pelbagai jenis ciri-ciri bagi mereka yang mahukan prestasi yang terbaik daripada komputer mereka. Oleh kerana saiz papan induk yang besar dan komponen-komponen yang banyak, ia memerlukan palam kuasa 8-pin EPS, sebuah palam kuasa 6-pin PCIe dan juga palam 24-pin ATX untuk menghidupkannya.
Ia mempunyai lapan slot untuk memori DDR4, tetapi sokongan jumlah memori masih belum diketahui buat masa sekarang. Ia juga mempunyai tujuh slot PCIe, dua slot SSD M.2 32Gbps, dua slot SSD U.2 32Gbps dan juga empat port SATA III 6.0Gbps.
Paling menarik ialah penggunaan dua port LAN untuk sambungan ke internet. Salah sebuah port tersebut menggunakan cip pemprosesan X550AT, yang menyokong sambungan selaju 10GbE, manakala port LAN yang kedua pula menyokong sambungan selaju 1GbE.
Bagi peminat sistem nyalaan RGB, papan induk ini juga hadir dengan sistem tersebut, dan juga hadir dengan beberapa palam khusus untuk jalur-jalur lampu tersebut.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BIOSTAR Hadir Dengan Papan Induk BIOSTAR Racing X299GT9"