Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Memperkenalkan VivoBook S Dan VivoBook Pro Pada Harga Lebih Mampu-Milik

Asus hari ini telah memperkenalkan beberapa komputer riba dibawah siri ZenBook. Dengan penawaran tersebut, walaupun menarik dan berspesifikasi tinggi, tetapi ia mungkin tidak selesa bagi poket ramai pengguna. Untuknya, Asus mempunyai jawapan tersendiri melalui siri komputer riba VivoBook.

Dua komputer riba diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Asus VivoBook S dan juga Asus VivoBook Pro.

Asus VivoBook S hadir dengan skrin 15.6-inci, dan turut menggunakan rekaan bingkai nipis dinamakan NanoEdge. Menjana komputer riba ini adalah cip Intel Core i7-7500U, memori sehingga 16GB DDR4, dan kad grafik NVIDIA GeForce 940MX. Ia turut direka nipis dan hanya seberat 1.5kg sahaja.

Asus VivoBook S

Asus VivoBook Pro pula menyasarkan mereka yang inginkan kuasa pemprosesan lebih tinggi tanpa mengeluarkan bajet yang banyak. Ia hadir dengan skrin 15.6-inci, dan dijana menggunakan cip Intel Core i7-7700HQ. Asus VivoBook Pro turut menyertakan gabungan storan 512GB SSD dengan 2TB HDD, serta dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050. Melengkapkan komputer riba ini adalah sistem penyejukan dwi-kipas.

Asus VivoBook Pro

Asus VivoBook Pro ini juga turut hadir dengan sokongan panel sehingga 4K, serta teknologi audio Harman-Kardon. Seperti beberapa komputer riba ZenBook, Asus VivoBook Pro turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, dan juga pena Asus Pen.

Asus VivoBook S akan dijual pada harga $499 (~RM2133), sementara Asus VivoBook Pro pula pada harga $799 (~RM3416). Tarikh jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih belum diketahui lagi buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Memperkenalkan VivoBook S Dan VivoBook Pro Pada Harga Lebih Mampu-Milik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info