Mari kita kembali ke 2011. Pada tahun ini Siri dilancarkan secara rasmi dan menjadi pembantu maya pertama yang digunakan secara meluas. Siri menjadi pemangkin kepada pembantu maya lain seperti Google Now, Amazon Alexa dan Samsung Bixby. Dari segi kemampuan, Siri kini sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan pesaing.
Apple kini dipercayai sedang membangunkan cip pada pemproses buatan mereka yang khusus untuk kecerdasan buatan. Melalui pemproses khas ini, kecerdasan buatan akan berfungsi lebih pantas kerana tidak berkongsi proses dengan sistem peranti yang lain. Pada waktu yang sama ia turut akan mengurangkan penggunaan bateri.
Menurut sumber, Apple akan membuka akses kepada cip ini kepada pembangun bagi memudahkan integrasi kecerdasan buatan pada aplikasi sedia ada. Kecerdasan buatan adalah penting untuk masa depan Apple kerana digunakan pada kenderaan pemanduan automatik serta aplikasi augmented reality.
Apple mungkin akan berkongsi lebih lanjut mengenai cip kecerdasan buatan ini di WWDC 2017 yang akan berlangsung dari 5 hingga 9 Jun hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Sedang Membangunkan Cip Khusus Kecerdasan Buatan Untuk Peranti Mereka"