Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Redmi 4X Akan Dijual Di Malaysia 22 April Ini – Berharga RM679

Xiaomi Redmi 4X dilancarkan di China pada akhir Februari lalu. Ia kini disahkan akan mula dijual di Malaysia pada 22 April ini dengan harga RM679 sebuah.

Xiaomi Redmi 4X ialah peranti dengan skrin 5″ IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kamera utama 12-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2. Rakaman video tertinggi yang boleh dilakukan ialah pada resolusi 1080P.

Bateri sebesar 4100 mAh disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 18 hari menurut Xiaomi. Tidak seperti kebanyakan peranti yang dilancarkan tahun ini, Redmi 4X masih mengekalkan port pengecasan MikroUSB.

Pengimbas cap jari berbentuk bulat diletakkan pada panel belakang dan terdapat juga pemancar infra merah pada bahagian atas peranti. Dua warna ditawarkan di Malaysia iaitu Matte Black dan Champagne Gold



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi 4X Akan Dijual Di Malaysia 22 April Ini – Berharga RM679"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info