Xiaomi, jenama peranti pintar dari China yang popular dengan penawaran peranti pada harga sangat rendah, hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 6.
Xiaomi Mi 6 menjadi telefon flagship daripada pengeluar China berkenaan untuk tahun 2016 ini. Telefon Xiaomi Mi 6 ini menjadi telefon keluaran China pertama yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 835. Untuk makluman, buat masa ini, hanya Samsung sahaja yang menggunakan cip pemprosesan ini dan telah memasarkan produk mereka – sementara pengeluar lain seperti Sony telah mengumumkan akan menggunakan cip ini, tetapi masih belum memasarkan produk mereka.
Snapdragon 835 hadir dengan rekaan 10nm, yang menawarkan kuasa pemprosesan baik serta penggunaan tenaga yang efisyen. Melengkapkan cip Snapdragon 835 ini adalah sokongan GPU dengan integrasi Vulkan untuk pengalaman permainan video yang lebih baik berbanding kebiasaan. Ketika pengumuman, Xiaomi turut membandingkan markah Antutu dan GFXBench, yang mana memperlihatkan skor Xiaomi Mi 6 jauh lebih tinggi daripada pelbagai pesaing mereka – termasuk Huawei P10, Oppo R9s dan Samsung Galaxy S8.
Selain daripada cip pemprosesan terkini, Xiaomi Mi 6 turut menggunakan memori 6GB RAM bersama dengannya. Xiaomi mengatakan, melalui penggunaan cip Snapdragon 835 dan 6GB RAM, ia merupakan telefon pintar berkuasa tinggi di pasaran.
Xiaomi Mi 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.15-inci, dan menggunakan rekaan kaca melengkung pada ke semua sisi. Dengan rekaan yang melengkung pada ke semua sisi ini, pihak Xiaomi juga mengambil langkah untuk membuang bicu audio 3.5mm pada telefon pintar Mi 6 ini.
Disamping itu, seperti beberapa telefon pintar lain, Xiaomi Mi 6 turut hadir dengan sokongan kalis percikkan air padanya – membolehkan ia digunakan ketika hari hujan dan sebagainya tanpa risau seperti sebelum ini.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 6 Diperkenalkan – Skrin Melengkung, Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835"