Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Bakal Strim Siaran Berita 24 Jam Daripada Bloomberg

Sebelum ini, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Twitter ingin membuat penstriman rancangan 24 jam pada platform mereka, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui apakah yang berlaku pada sesuatu masa. Terkini, lanjutan daripadanya, hari ini WSJ melaporkan Twitter berkejasama dengan Bloomberg Media untuk membuat penstriman berita 24 jam pada platform sosial berkenaan.

Perkhidmatan baru yang masih tidak diumumkan namanya itu akan diperkenalkan secara rasmi pada lewat hari ini, dan lebih memfokuskan kepada penonton profesional, dan menawarkan kandungan dengan fokus lebih menyeluruh berbanding pada Bloomberh sendiri.

Pengenalan perkhidmatan baru ini akan turut mempelbagaikan penawaran Twitter, selain menarik lebih ramai pengguna ke platform berkenaan.

Seperti biasa, ia masih menjadi tanda tanya sama ada penawaran ini hanya akan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, atau akan ditawarkan untuk pengguna global.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Bakal Strim Siaran Berita 24 Jam Daripada Bloomberg"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info