Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tesco Malaysia Menyasarkan Jualan Runcit Atas-Talian Meningkat Tahun Ini

Tesco merupakan salah satu penyedia yang terawal di Malaysia yang mula menawarkan pembelian barangan runcit secara atas-talian, dan menghantarnya terus kepada para pengguna di rumah. Sejak daripada memperkenalkan perkhidmatan berkenaan, Tesco telah menjana sekitar RM179 jualan secara atas-talian sahaja.

Berkongsi lanjut mengenainya, wakil Tesco Malaysia berkongsi dengan TheStar, mengatakan mereka menyasarkan jualan barangan runcit terus meningkat pada 2017 ini. Perkara ini selari dengan jangkaan pengingkatan jualan atas-talian di Malaysia yang dikatakan akan meningkat 18% pada 2017 ini.

HappyFresh Tesco

Arena penjualan barangan runcit atas-talian sendiri melihat perkembangan sihat sejak kebelakangan ini. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa syarikat yang memfokuskan kepada arena ini, termasuk Lazada sendiri yang telah mengambil-alih Redmart dalam usaha memperluaskan arena berkenaan. Tesco sendiri pernah membuat pelaburan pada Lazada sebelum ini, selain turut bekerjasama dengan HappyFresh untuk mempercepatkan penghantaran barangan runcit kepada pengguna di rumah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tesco Malaysia Menyasarkan Jualan Runcit Atas-Talian Meningkat Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info