Pada minggu lepas, kita telah mendengar mengenai NES Classic Edition yang ditamatkan jualannya – sekaligus membuatkan ramai pengguna yang terkejut dan tertanya-tanya mengenai apakah langkah syarikat Nintendo ini adalah tepat atau sebaliknya.
Kini, laporan baru hadir daripada Eurogamer, mengatakan Nintendo kini sedang dalam proses membangunkan kemaskini untuknya, dan mungkin memperkenalkan SNES Mini pada penghujung tahun ini. Buat masa ini, ia masih dikategorikan sebagai ura-ura sahaja, dan pihak Nintendo tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.
Sekiranya ini benar, maka semestinya perkara ini digemari ramai peminat permainan Nintendo – memandangkan siri SNES mempunyai lebih banyak permainan berbanding dengan NES sebelum ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai penawaran konsol daripada Nintendo ini untuk musim penghujung tahun 2017 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Dikatakan Bakal Hadir Dengan SNES Mini Pada Penghujung Tahun 2017 Ini"