Sejauh manakah kepopularan komputer riba MacBook dikalangan peminat Apple? Ianya terjawab hari ini menerusi temubual Apple bersama dengan TechCrunch. Paul Schiller yang merupakan naib presiden bahagian produk mendedahkan 80% jualan komputer Mac tahun lalu adalah komputer riba MacBook.
Jualan dari MacPro dan iMac pula menyumbang baki 20%. Beliau turut mendedahkan terdapat 100 Juta pengguna Mac. Sebagai perbandingan Microsoft mendakwa terdapat lebih dari 1 Billion komputer menggunakan Windows dan 400 Juta menggunakan Windows 10. Jualan MacBook Pro meningkat 20% berbanding tahun lalu sungguhpun menerima reaksi negatif dari pengguna kerana penggunaan USB-C dan papan kekunci Butterfly yang dikatakan kurang selesa digunakan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Komputer Riba MacBook Menyumbang Kepada Lapan Puluh Peratus Jualan Komputer Mac"