Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kecerdasan Buatan Google AlphaGo Akan Menentang Pemain Go Nombor Satu Dunia Bulan Hadapan

Tahun lalu AlphaGo, kecerdasan buatan Google Deepmind berjaya mengalahkan pemain terbaik permainan Go dengan agregat 4-1. Kekalahan pemain nombor satu dunia ini mengejutkan dunia perkomputeran kerana sebelum ini kecerdasan buatan dikatakan tidak mampu membuat keputusan untuk permainan seperti Go.

Tahun ini AlphaGo akan berentak sekali lagi dengan juara dunia manusia iaitu Ke Jie dari China. Perlawanan akan berlangsung dari 23-27 Mei di Wuzen China. Selain permainan satu lawan satu, AlphaGo juga akan menentang lima pemain Go terbaik dunia secara berseorangan. Akhir sekali dua pasukan yang dianggotai seorang pemain manusia dan satu AlphaGo akan menentang antara satu sama lain. Ketiga-tiga perlawanan ini akan menguji kepintaran kecerdasan buatan AlphaGo serta melihat kemampuannya bekerjasama dengan pemain manusia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kecerdasan Buatan Google AlphaGo Akan Menentang Pemain Go Nombor Satu Dunia Bulan Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info