Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P10 Lite Menjadi Ganjaran Kepada Pemain Kelantan Sekiranya Berjaya Mengalahkan JDT

Sedikit berita yang melibatkan bola sepak di Amanz hari ini. Kerap kita dengari pihak pengurusan kelab bola sepak memberikan bonus kepada pemain sekiranya berjaya memenangi permainan. Tahun lalu pemain Leicester City diberikan ganjaran belajar membuat pizza oleh Claudio Ranieri selepas pasukannya tidak meloloskan sebarang gol. Di Malaysia pemain Kelantan The Red Warrior bakal menerima ganjaran Huawei P10 Lite jika berjaya mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT).

Kesemua pemain akan menerima peranti terbaru keluaran Huawei ini ehsan dari penaja pasukan Kelantan iaitu Red One. Pertemuan dua kelab bola sepak ternama ini akan berlangsung esok di Stadium Mohammad IV Kota Bharu. Ini mungkin ganjaran kemenangan yang unik untuk memberikan motivasi kepada pemain bola sepak.

Huawei P10 Lite ialah peranti dengan skrin 5.2″, pemproses Kirin 658, RAM 4GB dan storan 32 GB. Tidak seperti P10, P10 Lite tidak mempunyai dwi-kamera dan sebaliknya mempunyai kamera utama 12-Megapixel serta kamera hadapan 8-Megapixel. Di Malaysia Huawei P10 Lite dijual pada harga RM 1299 sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P10 Lite Menjadi Ganjaran Kepada Pemain Kelantan Sekiranya Berjaya Mengalahkan JDT"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info