Di dalam dunia fotografi Canon dan Nikon ialah nama besar yang sering dilihat menaja temasya sukan ternama. Kamera keluaran mereka digunakan oleh jurugambar profesional untuk merakam aksi sukan yang pantas. Sony melancarkan kamera tanpa cermin terbaru mereka Sony α9 dengan tujuan mencabar duopoli Canon dan Nikon
Sony α9 dilengkapi sensor 24.2-Megapixel Full Frame yang menggunakan teknologi stacked CMOS sensor mereka. Seperti teknologi Motion-Eye pada peranti pintar mereka, sensor dengan RAM terbina ini mampu merakam gambar pada kadar yang lebih pantas berbanding sensor elektronik biasa. Sebanyak 20 gambar boleh dirakam sesaat dengan kadar maksimum sehingga gambar 241 RAW atau 362 JPEG.
Kemampuan rakaman video pula ialah 4K 30 FPS atau 1080P 120 FPS. Sistem pengatup digital Sony α9 membolehkan rakaman gambar diambil secara senyap tanpa mengganggu konsentrasi atlet ketika acara sukan. Turut disertakan ialah port Ethernet terbina dan dua slot untuk kad memori SD. Sony α9 dijual pada harga $4500 (~RM 19804) bermula Mei hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera Sony α9 Dilancarkan Dengan Kemampuan Mengambil 20 Gambar Sesaat"