Sokongan penghalang iklan atau ad-blocker sedia popular sejak sekian lama, malah beberapa pelayar web baru hadir mengintegrasikan sokongan tersebut secara terbina. Kini, laporan baru hadir mengatakan Google dalam perancangan untuk menyertakan fungsi penghalang iklan pada pelayar web popular mereka, Chrome.
Langkah ini semestinya mengejutkan ramai pihak, apatah lagi dengan pendapatan Google sendiri yang mana salah satu yang utamanya adalah daripada iklan.
Namun, ia dilihat Google ingin memastikan pengalaman web yang baik ditawarkan melalui integrasi fungsi ini, dan iklan-iklan yang sangat menganggu boleh dibuang atau dikurangkan di arena web.
Melalui integrasi penghalang iklan ini, ia dikatakan akan beroperasi secara berbentuk pilihan – sama ada pengguna aktifkan ataupun tidak. Bagaimana ia akan menghalang iklan juga masih menjadi tanda tanya.
Ia dikatakan berkemungkinan Google akan memilih sama ada menghalang iklan menganggu seperti pop-up, video yang dimainkan secara auto dan sebagainya melalui penghalang berkenaan – dan sekiranya laman berkenaan didapati memaparkan iklan menganggu, maka paparan iklan dihalang sepenuhnya pada laman berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya. Apa pun, untuk Google, langkah ini dilihat akan membolehkan mereka memastikan arena pengiklanan sentiasa sihat, dan pengguna gembira pada masa yang sama.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Merancang Mengintegrasikan Sokongan Penghalang Iklan Pada Chrome"