Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Membangunkan Teknologi Menaip Menggunakan Gelombang Otak Dan Mendengar Menggunakan Sentuhan

Kepantasan menaip adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya menggunakan papan kekunci fizikal di komputer, kami menaip jauh lebih pantas berbanding menggunakan kekunci maya pada telefon pintar. Kepantasan jari menaip masih perlahan jika dibandingkan dengan kepantasan berfikir. Oleh itu di F8, Facebook mengumumkan mereka sedang membangunkan teknologi menaip menggunakan gelombang otak.

Mereka mensasarkan dalam masa dua tahun sistem menaip dengan hanya berfikir ini boleh menaip pada kelajuan 100 perkataan seminit. Gelombang otak akan dibaca bagi menaip perkataan terus pada skrin peranti.

Pada waktu yang sama teknologi mendengar menggunakan sentuhan kulit juga turut sedang dibangunkan. Menerusi teknologi ini OKU pendengaran dan penglihatan boleh “mendengar” menggunakan deria sentuhan. Sekiranya tulisan Braille dibaca dengan hujung jari, sistem baru ini akan menggunakan lebih banyak permukaan kulit bagi membolehkan golongan OKU mendengar.

Ahli fizik terkemuka Dr Stephen Hawkings yang lumpuh kerana penyakit ALS menaip menggunakan pipi beliau. Sistem yang digunakan beliau ini amat perlahan. Teknologi yang sedang dibangunkan Facebook ini akan memudahkan insan seperti Dr Hawkings untuk berinteraksi dengan lebih pantas dan normal.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Membangunkan Teknologi Menaip Menggunakan Gelombang Otak Dan Mendengar Menggunakan Sentuhan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info