Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Syarikta Aksesori Mad Catz Kini Muflis

Mad Catz ialah syarikat yang cukup ternama dalam penghasilan aksesori permainan video. Mereka menghasilkan tetikus, papan kekunci, pengawal konsol, pengawal arked dan alatan audio yang mensasarkan golongan gamer yang mahukan aksesori berkualiti. Nama besar ini akhirnya tersungkur dan mengisytiharkan diri mereka muflis.

Tindakan pengisytiharan muflis ini hanya diambil selepas gagal menjual aset sedia ada dan mendapatkan bantuan kewangan bagi meneruskan operasi. Mad Catz kini menghentikan operasi secara serta merta dan aset akan menjalani proses likuidasi bagi membayar pemiutang.

Ini ialah berita yang menyedihkan kerana kami amat menggemari aksesori keluaran mereka cuma sejak kebelakangan ini membeli pengawal permainan rasmi terasa lebih berbaloi. Pada waktu yang sama jenama Saitek juga terkubur keran diambil alih oleh Mad Catz tahun lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Syarikta Aksesori Mad Catz Kini Muflis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info